Nathalia Athena tampil dengan karya baharu ciptaan Florencius Mojikon

d9d2a334 11c6 4210 8477 f709a5cad5b4

KOTA KINABALU: 20 September 2026 – Penyanyi Nathalia Athena akan tampil dengan karya baharu ciptaan komposer berasal dari Penampang, Florencius Mojikon.

Karya itu membawa mesej ketabahan dan kesyukuran dalam menjalani kehidupan.

Ia mengisahkan perjalanan manusia dalam rutin harian yang bermula sebaik matahari terbit.

Kesibukan bekerja dan mengurus pelbagai aktiviti menjadi sebahagian kehidupan, tetapi karya itumengingatkan pendengar supaya tidak bimbang dengan cabaran yang dihadapi.

Pendengar diajak menguatkan hati, terus tabah dan sentiasa bersukacita menjalani kehidupan.

Karya itu turut menyampaikan mesej supaya manusia sentiasa bersyukur atas kesempatan diberikan untuk meneruskan kehidupan.

Nathalia kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Muzik dalam Persembahan Vokal di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Antara pencapaiannya ialah tempat pertama World Youth Singing Competition 2025 dan Most Aspiring Talent Award pada Anugerah Bintang Negara 2022.

Pada 2026, beliau meraih tempat pertama bersama B2P Band dalam KK Jazz Festival.

Florencius mula mencipta lagu ketika berusia 14 tahun dan menghasilkan karya dalam bahasa Kadazan, Dusun, Melayu dan Inggeris.

Antara karya ciptaannya ialah Lumangad Oku, Unduk Ngadau Kaamatan, Igitanku Kotumbayaanku, Ina Ku dan Nokuro yang kini sering dinyanyikan dalam acara seperti Sugandoi dan sambutan Kaamatan.

Karya baharu itu mengetengahkan mesej dekat dengan kehidupan seharian, khususnya keperluan untuk terus kuat, bersukacita dan bersyukur dalam menghadapi perjalanan hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal