Puteri UMNO Perkukuh Peranan, Terus Dekati Rakyat Sabah

photo 2025 09 30 08 26 39

KUALA LUMPUR: 29 September 2025 – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menegaskan komitmen untuk terus mendampingi rakyat dengan melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan di Sabah.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, turun padang menyertai program Ziarah Kasih di Parlimen Putatan dan Kimanis bagi menyantuni anak muda serta ibu muda yang terkesan akibat banjir.

Inisiatif itu dilihat sebagai usaha berterusan Puteri UMNO mendekatkan diri dengan masyarakat melalui pendekatan peduli dan kasih.

Selain aktiviti kebajikan, Puteri UMNO turut menganjurkan Program Santai Bowling Anak Muda di Papar yang menjadi platform merapatkan ukhuwah serta memperkukuh semangat kebersamaan bersama generasi muda.

Program itu mendapat sokongan Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Papar, Ummi Nabilah Jamal, selain turut disertai barisan exco, Ketua Puteri UMNO Bahagian serta ahli Puteri di negeri itu.

Pergerakan Puteri UMNO menegaskan bahawa usaha mendekati masyarakat akan terus diperluas bagi mengukuhkan hubungan akar umbi, sekali gus menyerlahkan peranan parti sebagai rakan strategik dalam agenda kebajikan dan pembangunan belia.

Sumber: UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal