Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
TAWAU: 30 September 2026 – Sebuah Perodua Myvi melanggar premis perniagaan sebelum merempuh Toyota Innova yang diletakkan di parkir Lorong Bintang Shophouse 8, Batu 3, Jalan Apas, Tawau, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, siasatan awal mendapati pemandu Myvi, lelaki tempatan berusia 60 tahun, dipercayai terpijak pedal minyak ketika mahu keluar dari petak parkir selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
Kenderaan itu kemudian meluncur ke hadapan lalu melanggar premis perniagaan. Dalam keadaan panik, pemandu cuba mengundurkan kenderaan sebelum merempuh Toyota Innova berhampiran.
Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk, namun pemandu Myvi tidak mengalami kecederaan.
Ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu berkenaan didapati negatif dadah. Ujian pernafasan turut dijalankan di Pejabat Trafik IPD Tawau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Polis Daerah Tawau

