Mbappé bawa Perancis ke suku akhir

PHILADELPHIA: 5 Julai 2026 – Kylian Mbappé muncul wira Perancis apabila jaringan penalti pada babak kedua memastikan Les Bleus menewaskan Paraguay 1-0 untuk mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 dalam aksi perlawanan round off 5 pada Julai jam 5 pagi waktu Malaysia.

Paraguay memberikan tentangan sengit dengan aksi bertahan yang tersusun sehingga menyukarkan Perancis mencipta peluang, sebelum Désiré Doué dijatuhkan di dalam kotak penalti pada minit ke-70.

1003287141
Pasukan Perancis meraikan kemenangan 1 – 0 keatas Paraguay

Mbappé tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk menghadiahkan kemenangan kepada skuad kendalian Didier Deschamps.

Perlawanan berlangsung dalam suasana tegang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, manakala cuaca panas turut mempengaruhi rentak permainan.

Kemenangan itu mengukuhkan status Perancis sebagai antara pencabar utama kejuaraan, selain meneruskan kemaraan mereka ke suku akhir, yang menyaksikan Les Bleus bakal berdepan Maghribi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal