TAWAU: 17 Ogos 2026 – Golongan belia diseru memanfaatkan teknologi digital, internet secara bijak untuk menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kebangsaan, Hari Sabah.

Ahli Parlimen Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, semangat patriotisme dalam era digital turut diterjemahkan menerusi penggunaan teknologi maklumat secara bijak dan bertanggungjawab.
“Golongan belia sebagai pengguna aktif platform digital perlu memainkan peranan dalam memastikan internet dimanfaatkan untuk menyebarkan kandungan positif, khususnya berkaitan semangat kemerdekaan,” katanya ketika merasmikan Program Komuniti MADANI Kempen Internet Selamat X Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 di Dewan Semai Bakti, Felda Umas, Sabtu.

Beliau menekankan bahawa penggunaan internet secara selamat penting untuk melindungi pengguna dari ancaman siber, selain menjadikan ruang digital sebagai medium menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Turut hadir Pengarah Kanan, Pejabat Wilayah Negeri Sabah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Ratnawaty Talib; Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.
Sumber: JAPEN

