Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
AICHI, JEPUN: 23 September 2026 – Skuad Kata Berpasukan Lelaki Malaysia meraih pingat gangsa Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi Mohamad Haznil Henry, Mukhriz Mazlan, dan Muhammad Aiqal Asmadie.
Ketiga-tiga beraksi di Toyohashi City General Gymnasium. Malaysia tewas 0-5 kepada Kuwait pada separuh akhir, tetapi bangkit menewaskan Vietnam dalam penentuan gangsa.
Bagi Sabah, sumbangan Haznil dan Mukhriz membuktikan kemampuan atlet negeri bersaing di peringkat Asia.
Pingat itu menambah koleksi karate Malaysia selepas dua gangsa pada 20 September, sebelum Adeola Fay Robert menyumbang emas pertama negara pada 22 September.
Tahniah kepada skuad Kata Berpasukan Lelaki Malaysia.
Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN)

