TAWAU: 3 Julai 2026 — Seorang lelaki warga asing berusia kira-kira 29 tahun ditahan selepas disyaki menceroboh kawasan Pusat Memandu Tawau di Jalan Hilltop, awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt. Wilynton Enchana Watt berkata, polis menerima maklumat dari pengawal keselamatan yang mengesan seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam kawasan institusi itu dan memandu sebuah kenderaan milik Pusat Memandu Tawau.
Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau bergegas ke lokasi sebelum berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek merupakan seorang warga asing yang berada di negara ini tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan persendirian dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Tiada sebarang rampasan dibuat dan semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Sumber: Polis Daerah Tawau.

