Kontinjen MSSD Tambunan terima sumbangan RM10K

Victor Sumbangan MSS

TAMBUNAN: 19 Julai 2026 – Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Tambunan menerima suntikan semangat menerusi sumbangan peribadi RM10,000 dari Ketua Bahagian PGRS Tambunan, Dato’ Victor Peter Paut, kelmarin.

Victor menyerahkan sumbangan tersebut kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Tuan Johari Awang Damit, sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada usaha melahirkan atlet-atlet muda yang cemerlang dan mengharumkan nama Tambunan di peringkat negeri.

Katanya, sumbangan itu bertujuan mendokong pembangunan dan kemajuan sukan, belia dan aktiviti budaya selaras dengan teras kepimpinannya.

“Ia sesuatu yang baik dan semoga anak-anak pelajar kita atau para atlet di dalam kontinjen MSSD Tambunan tersuntik semangat untuk terus cemerlang di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sabah di Ranau tahun ini,” jelas Johari sebagai mewakili pihak MSSD Tambunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal