Kinabalu Global Geopark diiktiraf UNESCO, perlu jadi manfaat ekonomi – Ewon

b6809029 f311 4f89 a5dc 7b2fbeec19e0

KOTA BELUD: 11 Okt 2026 – Pengiktirafan Kinabalu Global Geopark oleh UNESCO perlu diterjemahkan menjadi manfaat ekonomi yang dirasai rakyat, terutama masyarakat di sekitar kaki Gunung Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata pengiktirafan antarabangsa itu bermakna untuk industri pelancongan Sabah. Namun, usaha susulan perlu segera dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan usahawan, membuka peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat setempat.

e8271200 f378 4a65 bd99 ce25e2e7137b

“Cabaran besar kita ialah bagaimana pengiktirafan UNESCO ini diterjemahkan dan dicairkan menjadi aktiviti ekonomi yang dirasai rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Tamu Geopark Kota Belud 2026.

Menurut Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Kota Belud mempunyai kelebihan geo-pelancongan unik kerana memiliki aset semula jadi lengkap, dari pulau, laut, pantai, sungai, hutan dan bukit hingga kemegahan Gunung Kinabalu.

“Kita mempunyai Pulau Mantanani, lautan, pantai, Sungai Kadamaian, Sungai Tampasuk dan Gunung Kinabalu. Dari puncak gunung hingga ke laut, semuanya ada dalam satu daerah,” katanya.

Beliau menambah, strategi pemasaran dan penjenamaan global perlu diperkukuh untuk menarik lebih ramai pelancong luar. Manfaatnya sewajarnya turut dinikmati pengusaha inap desa, pemandu pelancong, pengusaha makanan, pembuat kraftangan dan peniaga kecil.

Katanya, pelancong yang datang perlu menikmati keindahan alam, mengenali budaya masyarakat dan membeli produk penduduk setempat. Dengan cara itu, manfaat ekonomi dapat dinikmati secara inklusif oleh lebih ramai anggota masyarakat.

Ewon menegaskan kerjasama erat antara kementerian pelancongan dengan kementeriannya penting untuk memastikan pakej pelancongan dan produk pembuatan tempatan dibangunkan bersama. Pelancongan ialah sektor perkhidmatan, manakala produk fizikal yang dibeli pelancong seperti pakaian tradisional, parang, makanan dan hasil bumi tempatan menggerakkan sektor pembuatan.

UNESCO menuntut masyarakat setempat memulihara khazanah alam dan menghormati adat dan budaya Kinabalu.

Ewon merakamkan penghargaan atas komitmen Taman-Taman Sabah menganjurkan Tamu Geopark yang acara tahunan penting susulan pengiktirafan KUGGp 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal