Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak bakal ditambah

c74f97a6 6f80 4ad4 b18f 421d37797cad D36D732E 0CB4 4B8F 8B89 721FD762956B

KOTA KINABALU: 11 September 2026 — Kabinet bersetuju secara prinsip menambah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira nisbah perwakilan kedua-dua negeri yang lebih tinggi berbanding kedudukan semasa.

Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat Kabinet pada Rabu lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan untuk memulakan rundingan.

7f14ebb2 fa33 4620 9897 e61cda001fc9 507005B3 F2A6 41A6 92A7 74CF4D8D33D9

“Penambahan Ahli Parlimen itu wewenang SPR. Maknanya mungkin ada penambahan juga dari Semenanjung, penambahan dari Sabah dan Sarawak.

“Tetapi penambahan ini tidak boleh menjejaskan prinsip ratio perwakilan Sabah dan Sarawak itu harus lebih tinggi daripada yang ada sekarang,” katanya.

Tambahnya, penambahan itu perlu meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak, manakala butiran dan mekanismenya perlu dibincangkan bersama SPR, negeri dan parti berkaitan.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada proses itu dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Untuk election ini, saya tak pasti boleh sempat atau tidak. Sebab kena muafakat, kemudian ada proses.

“Saya tidak mahu ganggu dari segi proses perlembagaan, tetapi yang penting keputusan dibuat dan SPR telah dimaklumkan,” katanya.

Menjawab pertanyaan sama ada sasaran 40 peratus kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak menjadi pertimbangan, memandangkan jumlah semasa 56 daripada 222 kerusi, Anwar menjawab:

“No, in 1963 involving Singapore is 1/3.”

Anwar berkata, perkara utama ialah penambahan yang dapat meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak, manakala mekanisme pelaksanaannya perlu dibincangkan bersama SPR dan pihak berkaitan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal