Kemenangan TKO pertama lonjak semangat Zairul

f5ec076b 0866 4ef2 95c3 d84e7cb12e36 C8129C74 E2CA 4193 9531 D005979C78B4

KOTA KINABALU: 18 Julai 2026 – Mohammad Zairul Zainal melakar kemenangan TKO pertama dalam karier profesional selepas menewaskan Mohammad Haikal Saifulah Maidin dalam kategori Super Featherweight (59 kilogram) pada BAM Championship di Dewan Tertutup Putatan, semalam.

Zairul berkata beliau tidak menyangka mampu meraih kemenangan itu berikutan tempoh persiapan yang singkat, namun bersyukur kerana usaha dan latihan yang dilakukan membuahkan hasil.

74446243 2d7a 4cd4 ac35 f8be392b1a89 CF7E7A7B D470 4051 B6BD DE69A1F77D89

“Selepas menang pertandingan ini, saya rasa sangat-sangat bahagia dan saya tidak expect saya boleh menang sebab dengan training saya, dengan belajar lagi dan banyak faktor lain. Tapi terima kasih Allah telah memberi saya kemenangan ini,” katanya.

Beliau berkata, lawannya mempamerkan persembahan yang baik terutama dalam mengawal jarak, namun arahan dari jurulatih membolehkannya meraih kemenangan menerusi TKO.

401749d3 844a 43ba 8ee2 089df21845c3 3AB08F84 6DB2 4DC1 A218 FB9868D80588

“Mainan dia memang cantik juga dengan control distance dia. Tapi coach saya telah memberi arahan untuk ambil body dia. Jadi di situ saya dapat menang dengan TKO,” katanya.

Menurut Zairul, pusingan pertama merupakan detik paling mencabar, terutamanya ketika beliau menerima pukulan keras dari lawannya, sebelum berjaya menyesuaikan rentak pertarungan.

286b4fdb f4f3 4729 84cc 7c52266b7173 8DB5C00B 161F 4A18 9146 AE6AF121AE98

Untuk menghadapi BAM Championship, beliau lebih memberi tumpuan kepada latihan joging untuk menurunkan berat badan bermula hanya selepas menerima kontrak perlawanan kira-kira seminggu sebelum kejohanan berlangsung.

Kemenangan itu menyaksikan Zairul kini mencatat empat kemenangan dan tiga kekalahan dalam tujuh perlawanan profesional, selain menjadi kemenangan pertama menerusi TKO sepanjang kariernya.

Beliau turut menyifatkan Mohammad Haikal sebagai petinju yang memiliki kawalan jarak dan kombinasi pukulan yang baik, namun percaya tekanan yang diberikan menyukarkan lawannya untuk melepaskan diri.

Zairul turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapanya, jurulatih, rakan-rakan dan insan tersayang yang sentiasa memberi sokongan sepanjang perjalanan kariernya.

“Saya sangat-sangat bersyukur kepada ibu bapa saya kerana selalu menyokong saya, coach saya, dan kawan-kawan saya,” katanya.

Selepas BAM Championship, Zairul berkata beliau akan terus menjalani latihan dan bersedia menerima sebarang tawaran untuk beraksi di kejohanan amatur mahupun profesional.

“Kalau ada panggilan dari mana-mana event, amatur kah, pro kah saya akan ambil juga,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal