JIM Sabah tahan 91 PATI di empat daerah

photo 2026 06 25 13 04 56

KOTA KINABALU: 25 Jun 2026 – Seramai 91 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam beberapa operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Ranau.

Operasi yang melibatkan pemeriksaan terhadap 373 individu itu membawa kepada penahanan 91 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan melanggar syarat pas.

Di Kota Kinabalu, operasi membabitkan Ops Selera, Ops Belanja, Ops Serkap, Ops Sapu dan Ops Kutip merekodkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 46 individu ditahan daripada 151 yang diperiksa.

Di Kudat, Ops Sapu yang dijalankan terhadap 46 individu membawa kepada penahanan sembilan warga asing, manakala di Ranau, operasi sama merekodkan 13 tangkapan daripada 17 individu yang diperiksa.

Operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tawau, memeriksa 159 individu dan menahan 23 warga asing.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal