Banci Ekonomi 2026 jadi asas perancangan Sabah capai sasaran KDNK RM100 Bilion

01BANCI

KOTA KINABALU: 26 Jun 2026 – Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 dilihat sebagai instrumen strategik dalam memperkukuhkan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 menerusi penyediaan data ekonomi yang lebih komprehensif, tepat dan terkini.

Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum berkata, data yang berkualiti menjadi asas penting kepada kerajaan negeri dalam merangka dasar serta membuat keputusan yang lebih berkesan demi memastikan pembangunan ekonomi dilaksanakan secara mampan dan inklusif.

03BANCI edited

Menurut beliau, kejayaan pelaksanaan SMJ 2.0 amat bergantung kepada ketersediaan maklumat yang lengkap kerana data dari Banci Ekonomi 2026 akan menjadi rujukan utama dalam proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pelbagai inisiatif pembangunan negeri.

Katanya, dapatan banci itu juga akan membantu kerajaan mengenal pasti potensi pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi, sekali gus menyokong usaha mencapai sasaran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah melebihi RM100 bilion menjelang 2030.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 kelmarin.

Sementara itu, Jonnybone memaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah telah berjaya menyelesaikan lebih 60 peratus proses bancian melibatkan kira-kira 90,000 pertubuhan yang disasarkan di seluruh negeri.

Bancian tersebut merangkumi sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian dan perlombongan dan pengkuarian.

Beliau menjelaskan, Fasa 1 yang melibatkan perusahaan mikro telah selesai dilaksanakan antara Januari hingga Mac lalu, manakala Fasa 2 dan Fasa 3 yang membabitkan perusahaan besar, sederhana dan kecil sedang berlangsung dari April hingga September tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua komuniti perniagaan, pemain industri dan badan profesional supaya terus memberikan kerjasama kepada DOSM untuk memastikan kadar respons yang tinggi sekali gus menghasilkan data yang lebih tepat dan menyeluruh.

Dalam masa sama, beliau memberi jaminan bahawa semua maklumat yang dikemukakan responden adalah tertakluk kepada perlindungan undang-undang, dengan aspek kerahsiaan sentiasa dipelihara sepanjang pelaksanaan banci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal