KUDAT: 19 Oktober 2026 – Golongan pelajar diingatkan supaya tidak sesekali mencuba rokok atau bahan berbahaya lain semata-mata untuk memenuhi rasa ingin tahu.
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata demikian ketika merasmikan Program Siswa Resilien bertemakan “Bijak Memilih, Tegas Menolak” di SMK Sikuati pada 16 Oktober lalu.
Dalam program anjuran bersama AADK Sabah, AADK Kudat dan pihak sekolah bersempena Program Sentuhan Kasih Rakyat serta Karnival Jom Malaysia itu, beliau menegaskan tindakan tersebut boleh membawa kesan buruk jangka panjang terhadap kesihatan, pelajaran dan masa depan mereka.
Beliau berkata golongan muda perlu memahami risiko mencuba bahan berbahaya dan berani menolak tekanan rakan sebaya yang menggalakkan tabiat tidak sihat.
“Kadangkala sesuatu perkara mungkin kelihatan tidak berbahaya apabila kita mencubanya buat kali pertama, namun kita tidak seharusnya memandang ringan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, pendidikan dan masa depan kita.
Jullitah mengingatkan bahawa satu keputusan yang salah boleh menjejaskan masa depan anda, tetapi pilihan yang bijak mampu membuka jalan menuju kejayaan.
“Hargai diri sendiri, sayangi keluarga dan berusahalah membina masa depan yang boleh anda banggakan,” katanya.

