Kilang Kibing di Kudat ambil 86 peratus pekerja tempatan – Ewon

a7b8c548 8cc4 4898 8a7a 542b8dccf49a

KUDAT: 19 Oktober 2026 – Kilang Kibing Silicon Materials di Kudat mengambil seramai 1,849 pekerja tempatan Sabah atau 86 peratus daripada keseluruhan 2,134 pekerjanya.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata jumlah itu melepasi sasaran minimum 80 peratus pengambilan tenaga kerja tempatan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Menurutnya, pendekatan itu selaras dengan Wawasan Sabah First yang memfokuskan peningkatan pendapatan rakyat melalui penciptaan peluang pekerjaan.

“Dalam memimpin MINDET, saya mahu membangunkan lebih ramai rakyat Sabah berpendapatan, sama ada sebagai pemilik perniagaan atau pekerja, sekali gus menangani kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi “Bicara SMJ 2.0: Memaknai Manifesto GRS” sempena Konvensyen Gabungan Rakyat Sabah di Dewan Tun Mustapha, kelmarin.

Tambahnya, Kabinet Sabah meluluskan dasar khas membolehkan syarikat tempatan membayar sewa tanah secara tahunan di taman perindustrian bermula di KKIP.

Jelasnya, dasar itu menggantikan polisi lama yang mewajibkan bayaran penuh 30 tahun diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

Untuk membantu syarikat tempatan yang berdepan masalah modal, MINDET bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) menyediakan kemudahan jaminan pembiayaan bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal