TAWAU: 21 Ogos 2026 – Selepas hampir empat bulan mendekati masyarakat di pelbagai lokasi di Sabah, Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan akhirnya melabuhkan tirainya di Tawau pada 16 Ogos lalu sekaligus menutup siri jelajah yang membawa pengalaman interaktif, hiburan, ganjaran dan nilai digital kepada komuniti setempat.
Bermula di Todak Waterfront, Kota Kinabalu pada 1 hingga 3 Mei, kempen diteruskan ke Gaya Street, Kota Kinabalu pada 3 hingga 5 Julai, sebelum menuju ke Pantai Timur di Harbour Mall, Sandakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos dan seterusnya menutup siri jelajah di Tawau pada 14 hingga 16 Ogos 2026 yang lalu.
Empat lokasi, empat pengalaman berbeza, namun membawa satu mesej yang sama – menjadi bijak berbajet tidak bermaksud perlu mengorbankan pengalaman atau manfaat yang diinginkan. Melalui kempen ini, Hotlink raikan Geng Bijak Berbajet di Sabah, pengguna yang melihat nilai bukan sekadar pada harga, tetapi pada manfaat dan ganjaran yang diterima daripada setiap perbelanjaan.
Aktiviti Yang Menghubungkan Hotlink Dengan Komuniti
Salah satu tarikan utama Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan ini ialah pendekatannya yang tidak bergantung kepada promosi produk semata-mata. Sebaliknya, pengunjung diberikan peluang untuk mengalami sendiri manfaat yang diperkenalkan melalui pelbagai aktiviti di booth Hotlink.
Pendekatan experiential seperti ini membolehkan pengunjung bukan sahaja menikmati aktiviti dan ganjaran, tetapi memahami bagaimana manfaat Hotlink Prepaid Pas Semua Dalam Satu boleh dinikmati dalam kehidupan seharian.
Daripada Aktiviti Kepada Manfaat Sebenar
Di sebalik kemeriahan Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan ini, mesej utama kempen ini kekal pada satu perkara iaitu nilai terbesar yang ditawarkan oleh Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu.
Lebih daripada sekadar jaringan internet, pelan tersebut menggabungkan Internet dan Kelajuan 5G Tanpa Had dengan pelbagai manfaat gaya hidup termasuk roaming percuma di 3 negara: Singapura, Thailand dan Indonesia, akses hiburan percuma melalui sooka, serta peluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran setiap minggu melalui Menang Ahad di aplikasi Hotlink.
Bagi pengguna berumur 24 tahun dan ke bawah, Hotlink menawarkan lebih banyak manfaat menerusi Hotlink Rewards untuk Youth. Antaranya termasuk diskaun RM20 untuk pelan internet, penjimatan sehingga RM16 setiap bulan untuk pelbagai F&B, strim percuma untuk tiga bulan pertama di Viu, iQiyi, sooka, serta pelbagai ganjaran menarik yang lain. Semuanya boleh ditebus secara percuma dengan hanya menekan ikon crown di aplikasi Hotlink, dengan jumlah penjimatan bernilai lebih RM500 setahun.
Keseluruhan konsep ini menjadikan pelan tersebut lebih daripada sekadar produk telekomunikasi malah ia menggabungkan keterhubungan, hiburan, penjimatan dan ganjaran dalam satu pengalaman digital.
Satu Jelajah, Empat Lokasi, Satu Mesej
Daripada Kota Kinabalu ke Sandakan dan akhirnya Tawau, perjalanan Hotlink Prepaid Pasti Mampu Belanja Makan telah meraikan Geng Bijak Berbajet merentasi beberapa komuniti di seluruh negeri Sabah.
Walaupun siri jelajah ini telah berakhir, semangat Geng Bijak Berbajet diteruskan dalam kehidupan seharian. Sama ada mencari tawaran yang lebih berbaloi, memanfaatkan ganjaran yang tersedia atau memilih pelan yang memberikan lebih banyak manfaat, Geng Bijak Berbajet tahu caranya untuk dapat lebih tanpa perlu berkompromi.
Melalui Hotlink, pengguna bukan sahaja memperoleh sambungan untuk kekal berhubung, tetapi turut mendapat akses kepada pelbagai ganjaran dan manfaat yang boleh dinikmati dalam kehidupan seharian. Dengan lebih banyak nilai dan manfaat dalam satu pas, Hotlink terus menjadi pilihan utama Geng Bijak Berbajet.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Prepaid Pas Internet Semua dalam Satu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui laman https://www.hotlink.com.my/ms/products/prepaid/ atau mengunjungi Kedai Hotlink dan pengedar sah berhampiran.
-TAMAT-

