Gong bergema di pedalaman Keningau, satukan komuniti dan lestarikan warisan

photo 2026 05 04 11 01 28

KENINGAU: 3 Mei 2026 – Komuniti Rukun Tetangga di kawasan pedalaman Kampung Batu 4 Biah/Kapakaan mengorak langkah memartabatkan warisan budaya melalui penganjuran aktiviti pembelajaran seni memalu gong yang telah mendapat sambutan hangat penduduk setempat.

Program yang berlangsung meriah itu bukan sahaja menghidupkan kembali seni tradisi masyarakat, malah menjadi platform penting dalam menyatukan penduduk pelbagai peringkat usia dalam suasana harmoni.

Inisiatif itu turut menyemai rasa cinta, bangga dan tanggungjawab dalam kalangan generasi muda untuk mempertahankan khazanah budaya supaya tidak lenyap ditelan arus kemodenan.

photo 2026 05 04 11 01 42

Aktiviti tersebut berjaya menarik minat golongan muda untuk tampil sebagai pewaris seni tradisi dengan penuh komitmen.

Usaha ini penting untuk memastikan seni memalu gong terus dipelajari, diamalkan dan dihayati sebagai identiti dan kebanggaan masyarakat Kampung Batu 4 Biah/Kapakaan pada masa hadapan.

photo 2026 05 04 11 01 33

Selain itu, program berkenaan turut berperanan mengeratkan hubungan silaturahim sesama kalangan penduduk kampung, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memelihara warisan nenek moyang supaya terus hidup subur dalam jiwa generasi akan datang.

Seramai sekitar 30 peserta menyertai latihan yang diadakan pada setiap hujung minggu. Sambutan menggalakkan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap seni memalu gong, sekali gus menjadikan aktiviti tersebut sebagai kaedah berkesan demi memperkukuh perpaduan komuniti dan memastikan warisan tradisi terus terpelihara dan tidak pupus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal