Agenda pembangunan usahawan wanita Sabah dapat sokongan berterusan kerajaan

7520a0f9 4b8d 4911 96b8 4c06cb8f987a

KOTA KINABALU: 18 Mei 2026 – Kerajaan Negeri terus komited memperkasa golongan usahawan wanita di Sabah melalui pelbagai program dan inisiatif pembangunan ekonomi dan komuniti.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Rina Jainal berkata, wanita hari ini mempunyai potensi besar untuk terus maju dan menjadi penyumbang penting kepada pembangunan negeri sekiranya diberikan peluang, sokongan dan bimbingan sewajarnya. 

Katanya, penyediaan booth usahawan wanita dalam Program Sentuhan Kasih JHEWA “Suara Anda, Aspirasi Kami” bukan sahaja membantu memperkenalkan produk tempatan, malah menjadi platform memperkukuhkan penyertaan wanita dalam bidang ekonomi dan keusahawanan. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan sempena Sambutan Hari Ibu 2026 di Wisma Wanita, Hari initiated . 

Menurutnya, usaha memperkukuhkan kesejahteraan wanita perlu terus diperkasa agar golongan itu mampu berkembang secara seimbang dari aspek sosial, ekonomi, emosi dan pembangunan diri. 

“Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkukuhkan agenda pembangunan wanita melalui pelbagai dasar, program dan inisiatif yang memberi fokus kepada kesejahteraan keluarga, pembangunan komuniti serta pemerkasaan wanita,” katanya. 

Selain itu, Rina berkata pendekatan dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) menerusi program berkenaan turut membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan bantuan secara terus dalam suasana lebih santai dan mesra pelanggan. 

Program itu turut menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pendaftaran kursus wanita, pendaftaran NGO wanita, khidmat nasihat, klinik guaman wanita dan pameran perkhidmatan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS). 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal