Ewon sumbang dana keusahawanan RM50,000 kepada Sabah Autism Society

44D3F904 4B3F 4347 A03D FF60FE7E22F3 ACF6AB83 2516 4466 9BEF 7485245AE910

KOTA KINABALU: 26 Oktober 2026 — Sabah Autism Society (SAS) menerima dana keusahawanan bernilai RM50,000 dari Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick, untuk melaksanakan inisiatif keusahawanan melalui pusat autisme kendalian persatuan itu bermula 2027.

Ewon berkata dana tersebut bertujuan menyokong usaha SAS memperkenalkan aktiviti keusahawanan yang dapat memberi manfaat, membuka peluang dan mengembangkan potensi dan kemahiran individu berkeperluan khas.

“Saya bersetuju untuk menyokong inisiatif keusahawanan yang mahu diperkenalkan melalui pusat autisme kendalian SAS dengan dana sebanyak RM50,000.

“Sebagai ibu bapa yang juga membesarkan anak berkeperluan khas, saya dan isteri turut berkongsi keprihatinan dengan ibu bapa lain yang membesarkan anak-anak istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan UMS Sunset Autism Run edisi keenam anjuran SAS di Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada 24 Oktober lalu.

Program yang disertai lebih 1,000 peserta itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme dan memupuk semangat kebersamaan terhadap individu autisme dengan keluarga mereka.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada SAS atas komitmen berterusan dalam memperjuangkan kebajikan dan pembangunan individu autisme di Sabah.

Presiden SAS, Jennifer Balanting, berkata dana RM50,000 itu merupakan suntikan penting kepada usaha persatuan memperkenalkan aktiviti keusahawanan untuk komuniti autisme.

Menurutnya, dana tersebut akan dimanfaatkan untuk melaksanakan beberapa inisiatif yang dirancang SAS, termasuk projek penanaman roselle di Tuaran.

Jennifer turut merakamkan penghargaan kepada UMS, semua peserta, penaja korporat, usahawan orang kurang upaya (OKU), sukarelawan dan pihak terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Sumber: DEB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal