Ewon cadang biasiswa, bantuan pengajian untuk pemimpin gereja

c69f45e3 306b 48a8 8aea c7b69c3230c0

KOTA KINABALU: 28 Ogos 2026 — Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick, mencadangkan supaya biasiswa atau bantuan pengajian diperkenalkan untuk pemimpin gereja yang mengikuti pengajian teologi.

Cadangan itu dibincangkan dalam pertemuan anggota Kabinet Kerajaan Sabah yang beragama Kristian bersama pimpinan Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC), di Kota Kinabalu, semalam.

6e5a2be9 811c 43c4 966d 2b53f88b6875

“Saya turut mencadangkan supaya pemberian biasiswa atau bantuan pengajian kepada pemimpin gereja yang mengikuti pengajian teologi diperkenalkan sebagai salah satu bentuk sokongan kerajaan,” katanya.

Pertemuan itu turut membincangkan penambahbaikan mekanisme pelaksanaan peruntukan pembangunan rumah ibadat bukan Islam, khususnya dalam Belanjawan Sabah 2027.

Menurut Ewon, pertemuan itu mendapat sokongan pimpinan SCC dan diharap dapat diteruskan sebagai platform perbincangan antara kerajaan dan gereja.

Presiden SCC, Bishop Wong Pui Kong, berkata pihak gereja akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membina masyarakat yang aman, harmoni dan saling menghormati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal