SIPITANG: 26 April 2027 – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di empat premis sekitar daerah Sipitang baru-baru ini.
Seramai 41 individu diperiksa oleh lapan pegawai dari Pejabat Imigresen Sipitang dan seramai 19 orang PATI terdiri dari warga Indonesia dan Filipina ditahan.
Mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas sah, disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut.
JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.
Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin, selain tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang khususnya membabitkan isu keselamatan.
