Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
KENINGAU: 25 September 2026 — Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Keningau menahan beberapa Orang Yang Disyaki (OYDS) menerusi OP Cegah Bil. 11/26 di kawasan Keningau, Tambunan.
Kesemua OYDS yang ditahan menjalani ujian saringan awal air kencing. Hasil ujian mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
Tindakan lanjut terhadap OYDS diambil mengikut peruntukan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283).
Akta itu mengutamakan pendekatan sosiokesihatan melalui intervensi rawatan dan pemulihan untuk membantu individu terbabit kembali berfungsi secara positif dalam masyarakat.
AADK turut menyeru orang ramai terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah.
Kerjasama masyarakat penting untuk memastikan usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan demi kesejahteraan komuniti.
Sumber: AADK Daerah Keningau

