FIFA Kenakan Sekatan Perpindahan Pemain ke atas KL City Akibat Tunggakan Gaji Almeida

KUALA LUMPUR : 23 September 2025 – Kuala Lumpur City FC (KL City) dikenakan larangan perpindahan pemain baharu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan isu tunggakan gaji bekas jurulatih penjaga gol dari Brazil, Guilherme Almeida, yang berkhidmat dengan kelab itu dari 2018 hingga 2024.

Larangan itu berkuatkuasa serta-merta dan melibatkan tiga jendela perpindahan, termasuk jendela kedua Liga Malaysia yang dijangka dibuka pada Januari 2026.

Ini bermakna KL City tidak dibenarkan membawa masuk mana-mana pemain baharu untuk tempoh tersebut.

Sumber terdekat pasukan menjelaskan bahawa isu tunggakan gaji Almeida berlaku di bawah pengurusan lama dan tidak melibatkan pasukan semasa.

Beliau berkata kes ini melibatkan pengurusan lama yang menimbulkan pertikaian kontrak Almeida.

Dia menyambung kontrak di bawah pengurusan lama, bukan dengan KL United, syarikat pemilik KL City.

Beliau menambah pengurusan semasa akan menangani isu ini secepat mungkin bagi memastikan kelab tidak terganggu rentak prestasi.

KL City kini berada di tangga kedua Liga Super dengan 13 mata dari lima perlawanan, mengekalkan konsistensi yang cemerlang sejak musim ini bermula.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal