Pekerja Pengsan Terhidu Gas Hidrogen Sulfida di Sepanggar

KOTA KINABALU: 20 Ogos 2025 – Seorang pekerja lelaki pengsan selepas terhidu gas berbahaya ketika berada di sebuah syarikat perkapalan di Jalan Malawa 2, KKIP Sepanggar, pagi Rabu.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 pagi segera menggerakkan 12 anggota, tiba di lokasi kejadian pada jam 9.18 pagi, kira-kira 26 kilometer dari balai.

Mangsa segera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut. Identiti lelaki tersebut masih belum diperoleh.

Siasatan pasukan Hazardous Material (Hazmat) mendapati gas hidrogen sulfida dikesan di dalam sebuah tong ikan.

Proses nyahcemar dan pengudaraan kawasan dijalankan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.39 pagi.

Sumber: Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal