Lelaki Ditahan Bersama Syabu di Tawau

TAWAU: 17 Ogos 2025 – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi di kawasan Bandar Sabindo, di sini petang tadi.

Dalam pemeriksaan sekitar jam 6.45 petang, suspek didapati membawa dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih dipercayai syabu dengan anggaran berat 0.50 gram.

Ujian saringan awal air kencing turut mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis dalam masa sama sedang mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa menegaskan komitmen membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan terus ke balai polis berhampiran.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal