Lelaki Warga Asing Ditahan Pukul Isteri di Tawau

TAWAU: 16 Ogos 2025 – Seorang lelaki warga asing berusia 30-an ditahan polis selepas disyaki menumbuk isterinya dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Jalan Dunlop, awal pagi semalam.

Dalam insiden sekitar jam 12.01 tengah malam, suspek dipercayai bertindak agresif dengan menumbuk lengan kiri mangsa yang berusia lingkungan 50-an, dipercayai akibat marah kerana pintu bilik dibuka lewat. Akibatnya, mangsa mengalami lebam dan kesakitan sebelum membuat laporan polis.

Pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau berjaya menahan suspek kira-kira jam 1.50 petang hari sama di tepi jalan sekitar bandar Tawau.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Polis menegaskan komitmen untuk mengambil tindakan tegas terhadap kes keganasan rumah tangga, selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dan mencegah kejadian seumpama itu.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal