Program akar umbi menggabungkan teknologi prestasi, kepakaran kejurulatihan dan alat pembangunan pemain bagi menyokong generasi baharu bakat bola sepak Sabah.
KOTA KINABALU, 14 Oktober 2026 – Sabah mempunyai ramai bakat bola sepak, namun akses kepada sains sukan, teknologi dan peluang pembangunan profesional masih terhad bagi kebanyakan pemain muda dan jurulatih komuniti. Bagi membantu merapatkan jurang ini, Coca-Cola dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan “Coca-Cola: Bina Juara”, sebuah program pembangunan bola sepak akar umbi yang memberi peluang kepada pemain bola sepak muda dari negeri Sabah untuk menggunakan teknologi bertaraf profesional, mendapatkan bimbingan kejurulatihan serta memahami prestasi mereka dengan lebih baik.
Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, program ini mencerminkan komitmen dan kerjasama antara sektor awam, akademik dan swasta dalam menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada golongan muda menerusi sukan.

Dibangunkan dengan kerjasama UMS, “Coca-Cola: Bina Juara” bukan sekadar klinik bola sepak biasa. Program ini memperkenalkan peserta kepada peranan sains sukan serta penggunaan data dalam membantu meningkatkan prestasi pemain dalam bola sepak moden. Dengan menggabungkan kepakaran sains sukan dan teknologi bola sepak terkini, para pemain dapat memahami kekuatan mereka, mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki serta meningkatkan prestasi di dalam dan di luar padang.
Program ini memberi tumpuan kepada tiga penilaian utama berasaskan teknologi, iaitu vest penjejakan prestasi GPS, analisis perlawanan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan ujian prestasi menggunakan bola pintar. Ketiga-tiga teknologi ini memberikan maklumat mengenai tahap kecergasan fizikal, pemahaman taktikal dan keupayaan teknikal pemain, sekali gus membantu peserta memahami prestasi permainan mereka serta aspek yang boleh ditambah baik. Jurulatih juga mendapat akses kepada data dan analisis prestasi yang boleh digunakan dalam merancang latihan, pembangunan pemain dan membuat persediaan menghadapi perlawanan.

“Coca-Cola telah menjadi sebahagian daripada detik-detik yang membawa rakyat Malaysia bersama sejak sekian lama, dan bola sepak merupakan antara sukan yang paling dekat di hati masyarakat di negara ini,” kata Claudia Chan, Pengarah Kanan, Dasar Awam, Coca-Cola ASEAN dan Pasifik Selatan. “Melalui Bina Juara, kami mahu membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk mendapat akses kepada sains sukan dan pembangunan bola sepak, khususnya mereka yang mungkin tidak berpeluang mendapatkannya sebelum ini. Dengan kerjasama UMS dan pihak berkepentingan dalam bola sepak tempatan, kami berharap dapat membina keyakinan, disiplin dan impian dalam kalangan generasi baharu bakat bola sepak Sabah.”
Para peserta turut berpeluang melihat sendiri bagaimana atlet profesional menggunakan data sebagai sebahagian daripada latihan dan peningkatan prestasi. Vest prestasi berasaskan GPS merekodkan kelajuan, jarak yang dilalui dan beban latihan semasa sesi latihan serta perlawanan. Analisis perlawanan menggunakan AI pula memberikan maklumat mengenai kedudukan, pergerakan dan cara pemain membuat keputusan, manakala teknologi bola pintar menilai aspek teknikal seperti kekuatan sepakan, kelajuan dan kawalan bola. Pendekatan ini membolehkan pembangunan pemain dilihat secara lebih menyeluruh dengan menggabungkan kepakaran kejurulatihan dan maklum balas prestasi yang boleh diukur.

Salah satu keunikan program ini ialah fokus utama terhadap pembangunan pemain dan jurulatih. Selain menerima maklumat prestasi secara individu, jurulatih komuniti dan sekolah turut diperkenalkan kepada kaedah serta peralatan analisis yang boleh membantu mereka meningkatkan pendekatan kejurulatihan dan menyokong pembangunan pemain dalam pasukan serta komuniti masing-masing untuk jangka panjang. Dengan memberi tumpuan kepada kedua-dua kumpulan ini, program berkenaan direka untuk menyokong pembangunan jangka pangang bola sepak akar umbi.
“Pemain bola sepak muda Malaysia termasuk di Sabah mempunyai potensi yang besar, namun ramai yang masih mempunyai peluang terhad untuk mendapatkan akses kepada kemudahan sains sukan moden dan persekitaran pembangunan profesional. Melalui program ini, peserta dan jurulatih diperkenalkan kepada teknologi serta kaedah yang dapat membantu mereka memahami prestasi dengan lebih baik, membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh dan terus memperbaiki permainan mereka,” kata Dr. Jorrye Bin Jakiwa, Pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, UMS.

Peserta juga berpeluang menimba pengalaman secara langsung daripada bekas pemain bola sepak Sabah, termasuk bekas pemain Sabah Football Club, Harith Naem dan Muhammad Rozaimi bin Abdul Rahman, serta bekas jurulatih Sabah Football Club, Jelius Ating. Mereka berkongsi pengalaman dan pandangan bersama pemain muda sepanjang program berlangsung.
Program ini menghimpunkan lapan pasukan belia dengan pemain berusia antara 16 hingga 21 tahun daripada sekolah, akademi dan kelab komuniti di seluruh Sabah. Penilaian susulan yang bakal diadakan pada tahun 2027 akan membolehkan peserta dan jurulatih melihat perkembangan prestasi mereka dari semasa ke semasa, di samping menekankan kepentingan untuk terus belajar, memperbaiki prestasi dan membangunkan potensi dalam jangka panjang.
Melalui “Coca-Cola: Bina Juara”, Coca-Cola dan UMS berhasrat membuka lebih banyak akses kepada sains sukan, pengetahuan kejurulatihan dan peluang pembangunan bagi pemain bola sepak muda di Malaysia, di samping menyokong perkembangan bola sepak akar umbi di Sabah.
Mengenai Coca-Cola Malaysia
Selain Coca-Cola, salah satu jenama paling bernilai di dunia, sistem Coca-Cola di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan lebih daripada 80 produk. Ini merangkumi minuman berkarbonat (Coca-Cola Klasik, Coca-Cola Rasa Asli, Sprite, Fanta, A&W, Schweppes), minuman berkarbonat rendah dan sifar kalori (Coca-Cola Zero Sugar), minuman buah-buahan (Minute Maid Refresh, Minute Maid Qoo), teh (Fuze Tea, Authentic Tea House), serta air minuman (Glaceau Vitaminwater, Dasani).
Coca-Cola telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1936 dan kini berkhidmat kepada lebih 200,000 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Melalui rangkaian jenamanya, Coca-Cola® Malaysia terus menyegarkan pengguna di seluruh negara. Seiring itu, melalui pelbagai program serta kerjasama, syarikat ini berhasrat untuk memberi impak positif yang berkekalan kepada komuniti tempatan – termasuk sokongan terhadap pengumpulan dan kitar semula pembungkusan, serta inisiatif berkaitan air untuk komuniti.
Untuk maklumat lanjut tentang Coca-Cola Malaysia, sila layari: www.Coca-Cola.com.my.

