Satu maut, 2 cedera dalam nahas jalan raya di Lahad Datu
LAHAD DATU: Seorang maut dan dua cedera selepas sebuah kereta pacuan empat roda bertembung dengan sebuah lori dalam satu kemalangan di batu 16 Jalan Lahad Datu-Sandakan dekat sini pada awal petang Ahad.
Mangsa maut dikenali sebagai Sharif Zul, 20 tahun yang memandu Toyota Hilux manakala mangsa cedera adalah penumpang Toyota Hilux dikenali Jalilul Bayani,58 tahun dan seorang lagi pemandu lori Zakaria Bin Lasim berusia 54 tahun.
Ketua Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Bin Rashid memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian Itu pada jam 1.48 petang.
Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan pemandu Toyota Hilux yang tersepit berjaya dikeluarkan.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Sementara itu kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital Lahad Datu untuk rawatan selanjutnya.
– Tv Sabah News
0 Comments