JIM Sabah tumpaskan sindiket penipuan dalam talian, 14 warga China ditahan

IMG 5314

KOTA KINABALU: 6 November 2026 — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 14 lelaki warga China dalam serbuan di sebuah banglo tiga tingkat di kawasan elit, 4 Oktober 2026.

Kesemua lelaki berusia antara 26 hingga 44 tahun itu diberkas menerusi Ops Serkap kira-kira jam 11 malam hasil risikan rapi selama seminggu.

JIM Sabah menggerakkan kekuatan 49 pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat JIM Negeri Sabah dalam operasi tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati 13 daripada mereka disyaki tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Seorang lagi disyaki tidak memiliki pas atau permit sah mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Kumpulan itu dipercayai menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial sebelum menjadikan premis mewah tersebut sebagai pusat operasi penipuan dalam talian mereka.

JIM turut merampas pelbagai barangan bernilai, antaranya 14 komputer riba, 75 telefon bimbit, 13 kerusi, enam meja, satu set kelengkapan internet, wang tunai RM3,742 dan 560 Yuan China.

Semua suspek kini dikurung di Depot Imigresen Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

JIM Sabah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang imigresen, termasuk penyalahgunaan pas dan tinggal lebih masa.

Orang ramai digesa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan kegiatan mencurigakan. Maklumat itu dapat membantu JIM Sabah terus membanteras jenayah seumpama ini.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal