Ginsos Magiau: 75 Tahun, Anak Gunung tidak pernah berhenti mendaki

6244E7EC AFD0 40DA A5C7 464CAA10D58A 48CFD551 E071 4860 9766 2F4EABA6098D

Oleh: Roodwill

KOTA BELUD – Pada usia 75 tahun, kebanyakan orang sudah bersara. Namun, Ginsos Magiau bukan kebanyakan orang tetapi anak gunung, yang membesar dengan udara nipis, tanah tinggi dan denai yang curam. Gunung Kinabalu bukan tempat kerja semata-mata melainkan rumahnya, dan dia masih setia menjalankan tugas sebagai malim gunung di gunung tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

1f5aa3f4 b258 4cd2 bafc a74a62722b72 CDD6339E 8FDE 4DBB 93CB 6B382B57F168

Bagi Ginsos, peluang yang diberikan Sabah Parks untuk terus bekerja ialah satu penghormatan. Dia mahu terus mendaki selagi sihat dan mampu. Bukan lagi semata-mata mengejar ringgit, tetapi kerana pekerjaan itu sudah sebati dengan hidupnya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Sabah Parks kerana sehingga sekarang, walaupun usia saya sudah 75 tahun, saya masih diberikan peluang untuk meneruskan pekerjaan kerana kesihatan saya masih baik,” katanya.

0A697255 9A09 4373 9FCE 00C2ADFF15B5 2DB54668 701E 476A 9C88 F19E0846612F

Sabah Parks atau Taman-Taman Sabah ialah badan berkanun pemuliharaan yang ditubuhkan pada 1964. Gunung Kinabalu sendiri diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 2000.

Anak gunung sejak muda

Ginsos bukan orang bandar yang tiba-tiba ingin mencuba mendaki gunung. Dia sudah berada di gunung sejak 1970-an. Ketika itu, dia bekerja sebagai buruh kasar dengan Sabah Parks untuk membina bangunan di kawasan gunung.

2e344c02 7e0d 4725 afcf 22e646be148c 1AA55B9A B301 4629 BC0C 2B579189704B

“Mula-mula saya bekerja dengan Sabah Parks untuk membina bangunan pada tahun 1970-an. Pada masa itu, gaji harian saya hanya RM3 sehari,” kenang Ginsos.

Ketika fasa pembinaan, logistik menjadi cabaran besar. Para buruh terpaksa bergilir-gilir turun naik gunung untuk mengambil bekalan makanan. Semasa menjalankan tugas itu, Ginsos mendapat peluang membantu seorang malim gunung membawa barang pelancong.

2879FB46 BF50 42C2 A8A1 30D1BF7E8135 DD0107D8 1A6A 44B0 8C0A 79B762EA04FA 3

“Pada masa itu ada pelancong yang meminta porter untuk mengangkat barang. Disebabkan malim gunung sudah tidak mampu memikul barangnya, dia memutuskan untuk meminta bantuan kami dan dari sanalah saya mulai terbiasa sebelum memulai kerjaya sebagai malim gunung,” katanya.

“Pada masa yang sama, gaji sebagai porter lebih tinggi, iaitu RM15 sekali naik. Pada tahun 1970-an, RM15 itu sudah dikira sangat tinggi berbanding bekerja di Sabah Parks yang hanya menerima sekitar RM150 sebulan,” tambahnya.

IMG 3630 1

Selepas projek bangunan selesai, Ginsos mula fokus bekerja sebagai porter sebelum memohon kepada ranger untuk menjadi malim gunung yang sah. Kini, selepas puluhan tahun bekerja di Gunung Kinabalu, pekerjaan itu sudah menjadi sebahagian dirinya.

Tubuh yang terbentuk oleh gunung

Ada satu perkara yang sering terlepas pandang apabila orang luar menilai Ginsos: dia bukan warga emas biasa yang tinggal di bandar, kurang bergerak, dan baru hendak mencuba mendaki gunung. Ginsos sudah puluhan tahun hidup dalam persekitaran gunung. Tubuhnya telah terbentuk oleh ketinggian, kesejukan, dan kerja lasak yang tidak pernah berhenti.

Setiap kali pendakian, dia memulakan tugas seawal jam 6:30 pagi di Kinabalu Park. Dia menyemak dokumen, tag mendaki pelancong dan menguruskan beg bersama porter.

D66AE868 584B 4F55 BEF6 E354D56A135B 7BF2D638 FE95 4B71 BA99 3B8DB86EB1E5

Pendakian hari pertama bermula dari Timpohon Gate menuju ke Panalaban. Laluan sepanjang 6 kilometer ini didominasi ribuan anak tangga yang curam. Pendaki perlu meredah laluan yang lembap, licin dan berlumpur, terutamanya semasa hujan.

8EDCE76E 6C57 4B72 B071 FAADF90145D9 7D7415F4 A83F 4014 AC09 CFA03896B87B

Selepas stesen Layang-Layang di KM 4, laluan bertukar menjadi bongkahan batu granit gelap yang curam. Setelah melepasi ketinggian 2,500 meter, udara mula menipis menyebabkan pendaki mudah penat dan mengalami sesak nafas. Tetapi bagi Ginsos, semua ini sudah menjadi makanan hariannya.

Cabaran hari kedua menuju ke puncak Low’s Peak jauh lebih ekstrem. Pendakian bermula seawal jam 2:00 pagi dalam keadaan gelap. Selepas melepasi kawasan anak tangga kayu yang curam, pendaki memasuki Zon Tali Putih. Di batu granit yang botak dan licin ini, mereka wajib berpaut pada tali untuk menarik badan ke atas cerun curam.

cde2d07e c864 41b1 8b2e fc5441935a15 330B3455 DC1F 4435 9FA3 6C6D706B1B21

Fasa ini sangat menguji fizikal para pendaki kerana terpaksa berdepan suhu sejuk melampau antara 2°C hingga 10°C berserta angin kencang. Di 100 meter terakhir, pendaki perlu memanjat bongkahan batu besar dengan berhati-hati sebelum berjaya sampai ke papan tanda puncak tertinggi.

Namun, bagi Ginsos, ini bukan ujian. Ini rutin. Ini hidupnya.

Bukan orang bandar yang lemah

IMG 3622

Kekhuatiran tentang kesihatan warga emas mendaki gunung sering kali berpunca dari gambaran orang tua di bandar yang kurang bergerak, makan makanan proses, dan tidak pernah bersenam.

Namun, Ginsos membesar di kampung dengan makanan dari tanah, bukan kotak. Sayur-sayurannya ditanam sendiri, tanpa baja kimia dan daging hasil buruan di hutan.

20FA8A4F E488 4DF4 91C6 C7A30B061337 7121E9DF 4961 4F41 809F 8B905FC16797

“Kita makan makanan yang sama seperti nasi, tetapi bezanya sedikit pada sayur-sayuran. Di kampung, sayur-sayuran yang kami makan biasanya ditanam sendiri dan tidak menggunakan baja kimia, berbeza dengan sayur yang dibeli di bandar sekarang,” kongsinya.

Sejak muda, Ginsos tidak pernah berhenti bergerak. Dia membina bangunan di gunung. Dia menjadi porter. Dia menjadi malim gunung. Tubuhnya tidak pernah mengenal rehat yang panjang. Inilah yang membezakannya dengan warga emas bandar yang baru hendak mendaki gunung pada usia 70-an.

Diakui rakan industri

Prestasi kerja Ginsos di lapangan diakui sendiri oleh komuniti malim gunung. Timbalan Pengerusi Guide, Wilson Thaddeus, yang melihat sendiri cara dia bekerja menyifatkan Ginsos sebagai malim yang tenang, berdisiplin dan berpengalaman.

4db80235 5214 4a18 a579 1b729cc3eb46 E341AF31 625C 48AA B21D 4564A540C638

“Cara dia bekerja tidak banyak bergantung kepada kata-kata atau menunjukkan kehebatan, tetapi lebih kepada pemerhatian, ketelitian dan pengalaman yang telah terbina selama puluhan tahun di Gunung Kinabalu,” katanya.

“Dia tahu bila perlu memperlahankan perjalanan, bila perlu memberi semangat dan bila perlu mengambil tindakan demi keselamatan pendaki. Pengalaman dia menjadikan cara kerjanya lebih matang dan tidak terburu-buru. Bagi Ginsos, tugas seorang malim bukan sekadar membawa orang ke puncak, tetapi memastikan pendaki sampai dan kembali dengan selamat.”

27535eda f250 463f b4c8 6e24c76eb445 164FFDE6 5CB5 405A 886C E5340C2CEC54

“Setiap pendaki yang datang ke Gunung Kinabalu mempunyai kemampuan yang berbeza. Ada yang kuat, ada yang perlahan, ada yang takut, ada yang hilang keyakinan bila sampai di kawasan yang mencabar. Tetapi Ginsos mempunyai cara tersendiri untuk berhadapan dengan keadaan itu. Dia tidak mudah panik. Dia akan tenangkan pendaki, beri semangat dan terus berada bersama mereka. Bukan siapa yang paling laju sampai ke puncak, tetapi siapa yang mampu menjaga pendaki sepanjang perjalanan dan memastikan mereka tidak merasa ditinggalkan,” jelas Wilson.

Wilson juga menyeru generasi muda malim gunung supaya belajar dari pengalaman Ginsos.

“Jadi, ambillah tenaga orang muda, tetapi warisilah kebijaksanaan orang lama,” katanya.

Keluarga: bangga bercampur bimbang

Kerja keras Ginsos selama puluhan tahun sebagai malim gunung berjaya membesarkan 14 orang anak. Kini, semua anaknya sudah mempunyai kerjaya sendiri.

ca974402 f3bd 4e26 b865 f803bc12b131 A1233FE1 CB58 478C A5A2 28FEAB2C96F0

“Anak-anak saya kata tidak perlu lagi bekerja kerana mereka semua sudah bekerja. Tetapi diri saya sendiri yang masih mahu meneruskan pekerjaan ini,” katanya.

Antara anaknya ialah Frisca, seorang guru di SMK Tambulion, dan Friskila, seorang perawat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Menurut Frisca, dia melihat pekerjaan bapanya dari dua sudut berbeza iaitu rasa minat mendalam dan rasa sedih.

“Pertama, semangatnya. Walaupun sudah berusia, tetapi selagi kesihatan mengizinkan, bapa masih sangat bersemangat melakukan pekerjaan ini walaupun sudah bertahun-tahun. Begitulah rasa sayang dan cinta bapa terhadap pekerjaannya. Kedua, saya masih sangat ingat ketika masih kecil, setiap kali bapa balik dari gunung mesti ada saja ceritanya. Raut wajah bapa tidak terlihat penat,” katanya.

Namun, Frisca tidak menafikan ada sudut hati yang terkilan.

“Melihat bapa masih semangat dan setia melakukan pekerjaan ini pada usia 75 tahun sudah pasti membuat saya berasa sedih. Saya percaya, semua anak inginkan ibu bapa supaya sepatutnya sudah berehat dari pekerjaan berat pada usia sebegini. Namun dalam masa yang sama, saya melihat bapa sebagai contoh kepada perumpamaan ‘selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kudrat dicurahkan’.”

Friskila turut meluahkan kebimbangan fizikal terhadap bapanya.

“Sejujurnya, sebagai anak, saya sangat kagum dengan semangat bapa. Dari saya kecil sampailah saya sendiri sudah menjadi seorang ibu, perkara yang sama masih dia lakukan. Usia tidak pernah menjadi alasan untuk dia berhenti,” ujarnya.

“Saya yang masih muda pun kadang-kadang terasa penat, apatah lagi bapa yang sudah 75 tahun. Kalau boleh saya ambil sedikit penat bapa, saya sanggup. Kalau boleh saya gantikan tenaga saya dengan tenaga bapa, saya mahu,” luahnya dengan sayu.

Walaupun kerap meminta Ginsos mengurangkan kekerapan mendaki demi menjaga keselamatan diri, Friskila memilih untuk tidak menghalang keputusan bapanya secara mutlak.

“Pada saya, selagi bapa masih mampu dan itu adalah sesuatu yang dia sukai, saya akan terus menyokong. Bagi ayah, menjadi malim gunung bukan sekadar membawa orang naik ke gunung. Ia tentang menjaga keselamatan, membantu dan memastikan orang lain dapat sampai ke destinasi mereka dengan selamat,” tambahnya.

Pelancong terkejut dengan usia sebenar

Usia Ginsos sering menjadi perhatian pelancong yang pertama kali bertemu dengannya. Ada pelancong yang pada awalnya tidak yakin dengan keupayaannya, namun reaksi mereka berubah selepas mengetahui usia sebenar Ginsos.

“Bila saya beritahu umur sebenar, mereka sangat terkejut dan ada yang langsung tidak percaya. Ada yang sampai berkata, ‘Tidak patutlah. Cuba saya tengok kad pengenalan kamu,” kata Ginsos sambil tersenyum.

Pelancong bandar mungkin terkejut. Tetapi bagi orang gunung seperti Ginsos, usia hanyalah angka. Yang penting ialah kesihatan, pengalaman, dan semangat yang tidak pernah padam.

Joyena, salah seorang pelancong yang pernah berada di bawah bimbingannya, mengakui suasana sepanjang trek pendakian sentiasa terasa hidup.

“Sangat seronok dan tidak bosan bersama dia, sebab selalu ada cerita tentang pengalaman menarik atau teka-teki yang menghibur sepanjang perjalanan,” kata Joyena.

Tambahnya, Ginsos seorang yang sangat prihatin. Dia tidak pernah jemu menghulurkan bantuan fizikal, malah sanggup menarik tangan ahli kumpulan yang kelelahan demi keinginan pendaki untuk melangkahkan kaki ke puncak.

“Diingatkan kepada anak-anak muda, sekiranya dia sudah offer untuk angkat beg kamu, bagi saja dan jangan protes. Dia tahu kemampuan diri dia.”

Momen paling menyentuh hati Joyena berlaku sewaktu perjalanan turun dari gunung. Laluan turun sejauh 6 kilometer dari Panalaban kembali ke Timpohon Gate pada hari yang sama sangat menguji ketahanan lutut dan paha.

Akibat kesakitan kaki yang amat sangat, Joyena tercicir menjadi pendaki paling terakhir dalam kumpulannya. Di saat orang lain sudah jauh di hadapan, Ginsos setia di sisinya.

“Seperti seorang bapa yang sayang anaknya, dia setia menunggu, memegang tangan saya dan menuntun sepanjang perjalanan sehingga selamat sampai ke Timpohon Gate,” kenang Joyena.

“Di saat-saat saya hampir mahu putus asa, dia akan menceritakan cerita lucu supaya saya tidak bosan dan teruskan perjalanan sampai selesai.”

Memahami impian pendaki

Pengalaman bersama pendaki membuatkan Ginsos melihat pekerjaannya lebih daripada sekadar membawa pelancong ke puncak. Dia memahami bahawa ada pendaki yang telah lama menyimpan impian untuk mendaki Gunung Kinabalu.

“Kalau kita fikirkan tentang mereka, sebenarnya mereka sama seperti kita. Mereka sangat ingin mendaki Gunung Kinabalu, tetapi mungkin tidak mempunyai masa atau menghadapi masalah kewangan,” kata Ginsos dengan nada prihatin.

Menurutnya, ada pendaki yang mengumpul wang selama bertahun-tahun untuk merealisasikan impian tersebut.

“Bila sudah tua, mereka cuba mendaki Gunung Kinabalu, tetapi akhirnya tidak berjaya sampai ke puncak. Kalau sudah begitu, duit yang mereka keluarkan beribu-ribu ringgit boleh terbuang begitu sahaja. Itu yang saya rasa sangat kasihan.”

Atas sebab itu, Ginsos sentiasa memberi perhatian dan berusaha membantu pendaki mencapai impian mereka untuk menawan Gunung Kinabalu. Dia juga menasihati pendaki agar tidak memaksakan diri sekiranya mengalami masalah fizikal semasa pendakian yang panjang.

“Selagi masih sihat, teruskan perjalanan walaupun berjalan perlahan. Yang penting ialah keselamatan. Jangan sembunyikan masalah seperti sakit kaki kerana kalau kaki sudah sakit, memang tidak boleh dipaksa untuk naik.”

Selagi sihat, terus mendaki

Selepas puluhan tahun mendaki Gunung Kinabalu, kegembiraan Ginsos setiap kali sampai ke puncak tidak pernah berkurangan.

“Setiap kali saya sampai di puncak, hati saya rasa sangat gembira, lebih-lebih lagi semasa saya masih dalam keadaan sihat. Lebih menggembirakan kalau pelancong yang saya bawa juga berjaya sampai ke puncak,” kata Ginsos.

Bagi Ginsos, pekerjaan sebagai malim gunung sudah menjadi sebahagian daripada rutin hidup.

“Saya sendiri tidak berasa penat dengan kerja sebagai malim gunung ini kerana bagi saya, kerja ini sudah seperti pergi ke kebun sahaja,” katanya.

Pada usia 75 tahun, Ginsos belum memilih untuk bersara. Gunung Kinabalu masih menjadi tempat dia bekerja, dan selagi kesihatan mengizinkan, dia mahu terus mendaki untuk merealisasikan impian para pendaki lain.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabaeth, Juhin Duaneh, secara amnya kekuatan otot boleh berkurangan dan risiko tulang rapuh meningkat pada usia lanjut seperti 75 tahun. Justeru berisiko tinggi untuk kecedaraan semasa mendaki dan menuruni gunung selain memberi cabaran besar kepada keupayaan jantung dan paru-paru membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Ginsos sendiri menjalani saringan kesihatan berkala di Klinik & Surgeri Stanley Chong. Dia menegaskan faktor kesihatan dan persediaan rapi adalah syarat mutlak, dan dia tidak menggalakkan warga emas lain mengikuti jejaknya tanpa persediaan yang betul.

Kisah Ginsos bukan sekadar tentang seorang lelaki tua yang enggan berhenti bekerja. Ia tentang seorang anak gunung yang tubuhnya telah ditempa oleh kehidupan di pergunungan sejak muda, seorang yang tidak pernah mengenal erti berhenti, kerana gunung itu sendiri adalah sebahagian daripada dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal