Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
AICHI-NAGOYA, JEPUN: 24 SEPTEMBER 2026 – Delegasi Sabah diketuai Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, hadir memberi sokongan kepada 23 atlet Sabah yang mewakili Malaysia pada Sukan Asia Ke-20 di Aichi-Nagoya.

Kehadiran delegasi itu menjadi ruang bertemu atlet, bertanya khabar, dan berkongsi kegembiraan atas pencapaian mereka.
Antara yang diraikan ialah atlet Tambunan, Adeola Fay Robert, yang mencipta sejarah menerusi pingat emas pertama Malaysia di Aichi-Nagoya 2026 dalam acara Kumite Wanita Bawah 55 kilogram.

Dua lagi anak Sabah, Mohamad Haznil Henry, Mukhriz Mazlan bersama Muhammad Aiqal Asmadie, turut menghadiahkan gangsa menerusi Kata Berpasukan Lelaki.
Turut bersama delegasi ialah Setiausaha Tetap KBSK, Datuk Mansur Haji Asun, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor, Chef de Mission Kontinjen Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, Jefri Ngadirin.
Kerajaan Negeri Sabah turut menyediakan saguhati RM5,000 kepada setiap 23 atlet sebagai penghargaan atas pengorbanan dan pencapaian mereka dari Sabah mewakili Malaysia dalam sembilan jenis sukan temasya kali ini.
Sumber: Majlis Sukan Negeri Sabah

