Astro perkenal Borneo Rising, angkat 12 bakat muzik Borneo

29cabdc4 3d8d 4991 8aec 17cec80be8a3

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: 28 Ogos 2026 – Astro memperkenalkan Borneo Rising, program pencarian bakat nyanyian realiti baharu yang menghimpunkan 12 bakat dari Sabah dan Sarawak untuk diketengahkan ke peringkat nasional dan antarabangsa, bermula 6 September ini.

Program yang dianjurkan sepenuhnya dari Sabah itu akan berlangsung selama lapan minggu secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria dan TV Okey.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, Borneo Rising bukan sekadar pertandingan, sebaliknya platform untuk menghargai kesenian warisan budaya, genre muzik dan semangat kreatif yang menjadi identiti Sabah dan Sarawak.

Katanya, program itu turut memberi peluang kepada peserta menjalani latihan, persembahan langsung dan berinteraksi bersama penonton sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka daripada bakat tempatan kepada nama yang dikenali di peringkat lebih luas.

“Borneo Rising bukan sekadar pertandingan, sebaliknya menjadi platform menghargai kesenian warisan budaya, genre muzik dan semangat kreatif yang menjadi identiti Sabah dan Sarawak,” katanya.

Seramai tujuh peserta mewakili Sabah iaitu Dabra dari Likas, Petrova dari Papar, Syukri dari Kinabatangan, Afiq dan Joy dari Sandakan, Harvard dari Penampang dan Rizzani dari Tawau.

Manakala lima wakil Sarawak terdiri daripada Jecinta, Harris, Aadel dan Faris dari Kuching dan Michelle dari Landu.

Pertandingan itu turut memberikan kuasa kepada juri untuk menyelamatkan seorang peserta selain menentukan peserta yang akan berentap dalam pusingan battle untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Penjurian ditentukan menerusi 80 peratus markah juri profesional dan 20 peratus undian penonton, dengan barisan juri terdiri daripada Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Zizan Razak dan Sherry Alhadad pula bertindak sebagai pengacara program berkenaan.

Pemenang utama bakal menerima sebuah single dan video muzik baharu, pembangunan kandungan digital, sokongan pemasaran, promosi, pendedahan merentas platform televisyen, radio dan digital Astro, selain wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

Borneo Rising boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal