Borneo Inclusive Ensemble buktikan murid pekak mampu bermain muzik

DE4CA643 8D06 493E BBD7 F10BA491983B 8F5CDCA6 D0EC 4C9F 9C4B D25A45537E45

KOTA KINABALU: 17 Ogos 2026 — Borneo Inclusive Ensemble dari SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu membuktikan murid pekak mampu bermain muzik apabila membuat persembahan menggunakan angklung dan toggungak atau gong bambu di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSS Sabah Kali Ke-14.

IMG 1263

Persembahan itu berlangsung pada 13 Ogos di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, yang menjadi lokasi kejohanan dari 10 hingga 14 Ogos 2026.

Murid dalam kumpulan itu belajar bermain muzik menggunakan kaedah yang sesuai dengan keperluan mereka. Mereka menggunakan getaran, visual, pergerakan dan isyarat untuk mengikuti rentak dan bermain secara bersama.

IMG 1258

Kaedah itu membolehkan murid pekak mengetengahkan bakat muzik dan memperoleh pengalaman membuat persembahan di hadapan warga pendidikan khas dengan peserta kejohanan dari seluruh Sabah.

Penglibatan mereka tidak terhenti di kejohanan berkenaan kerana bakal meneruskan persembahan di North Borneo Rainforest Festival 2026 dengan membawa persembahan mini yang menampilkan beberapa alat muzik tradisional.

IMG 1262

Peluang menerusi jemputan Ahli Jawatankuasa Pengelola, Hairiah Daud itu memberi ruang kepada murid pekak untuk mengembangkan bakat, meningkatkan keyakinan diri dan memperkenalkan muzik tradisional kepada masyarakat.

Penglibatan murid turut mendapat sokongan Guru Besar SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu, Hamka Eallie.

Borneo Inclusive Ensemble dibimbing Stefanus Lucas dengan bantuan Jaimin Juani @ Azizul Abdullah dan Syed Mohd Farhan Syed Rosli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal