Annual Concert HOMARTS 2026 tonjol bakat pemuzik muda

9ac0ebe3 b491 468a a06f 1bfb80c650f5 99DC0EF4 8F4E 4041 8C46 C34421039D86

TAMBUNAN: 2 Julai 2026 – Annual Concert HOMARTS 2026 bertemakan Elven Glowing Forest menjadi pentas untuk mengetengahkan bakat pelajar muzik dengan menghimpunkan lebih 100 pelajar House of Music Arts (HOMARTS) di Dewan Johnity, Tambunan, pada 26 Jun lalu.

Konsert tahunan itu menampilkan pelbagai persembahan nyanyian dan muzik oleh pelajar pelbagai peringkat umur, sekali gus memberi mereka peluang mempamerkan kemahiran yang dipelajari sepanjang mengikuti latihan.

f7be7bc4 821f 4f54 8a43 b269308f7ee7 B3ECB360 D5DA 4EB8 9F24 B3D90A37BC6B

“HOMARTS memainkan peranan penting dalam melahirkan lebih ramai bakat muzik di daerah itu melalui pendidikan dan latihan yang sistematik.

“Tambunan sememangnya dikenali sebagai daerah yang melahirkan ramai penyanyi dan pemuzik berbakat, namun pendidikan muzik penting untuk memperkukuh kemahiran dan membuka peluang kepada generasi muda meneroka bidang itu secara lebih profesional, ” kata Pegawai Daerah Tambunan, Azri Jaini Jeffrey.

8c472148 643c 4661 968e e2b2f84152df 86BBDFAE 50D5 4C06 955E 94CDBF7F162B

Menurutnya lagi, sebagai sekolah muzik pertama di Tambunan, HOMARTS kini mempunyai 12 tenaga pengajar dan lebih 100 pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang kurang upaya (OKU), selain dilengkapi kemudahan seperti dewan recital, studio muzik dan Wind Orchestra.

Pada majlis itu, Azri turut mengumumkan perancangan Pejabat Daerah Tambunan untuk bekerjasama dengan HOMARTS dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan konsert muzik berskala lebih besar di Pisompuruan Square pada tahun depan.

c72fcdde a8c4 4157 955a b47f2b8112b6 EA8C9F34 A177 4DC3 8A3A 9A3F979E4CFE

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muzik Tambunan, Arddley Nicholas berkata, penganjuran konsert tahunan ini bukan sekadar memberi ruang kepada pelajar membuat persembahan, malah membina keyakinan diri, disiplin dan pengalaman beraksi di hadapan penonton.

“HOMARTS yang kini berdaftar secara rasmi sebagai Pertubuhan Muzik Tambunan akan terus memperluaskan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkukuh pembangunan muzik dan melahirkan lebih ramai bakat muda di daerah ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal