BEAUFORT: 24 Jun 2026 – Seorang lelaki tempatan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BJSND) IPD Beaufort kerana memilik dadah jenis syabu dalam satu operasi di tepi Jalan Melabau, Kampung Lupak.
Menurut kenyataan polis pada Selasa, suspek ditahan selepas pemeriksaan menemukan 6.02 gram dadah jenis syabu disimpan di dalam beg silang yang dipakainya.
Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Pejabat BSJND IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis memaklumkan usaha mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti penjualan atau pengedaran syabu di daerah Beaufort sedang dipergiatkan, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terbabit dalam kegiatan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, individu yang dikenal pasti terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan terus dipantau, selain dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
