Kes denggi di Sabah melonjak 50.4 peratus, lima daerah catat tertinggi

c8724fb3 6c75 46d0 923e d46507c76915

KOTA KINABALU: 14 Jun 2026 – Sebanyak 2,866 kes denggi direkodkan di Sabah setakat Minggu Epidemiologi ke-23 tahun ini, meningkat 50.4 peratus berbanding 1,905 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, lima daerah mencatatkan jumlah kes tertinggi ialah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Penampang dan Putatan.

f4783408 58f0 46c6 b1aa cf4b6c2e5b4a

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN, Hari Malaria Sedunia Kebangsaan dan Program Gotong-Royong Mega bersempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Sabah di Dewan Komuniti Menggatal, di sini, hari ini.

Di peringkat nasional, sebanyak 33,367 kes denggi direkodkan setakat 13 Jun lalu berbanding 27,640 kes dalam tempoh sama tahun 2025, peningkatan sebanyak 20.7 peratus.

8c1e8f0b b9c3 4867 aa62 7c2d6e4c5272

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh usaha pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor melalui pendekatan lebih mampan dan berasaskan perubahan tingkah laku menerusi inisiatif Komuniti Bebas Denggi (KomBeD).

“KKM sedang memperkukuh penggunaan Behavioural Insights dalam strategi kawalan denggi negara dengan memberi tumpuan kepada perubahan tingkah laku melalui pembentukan persekitaran yang menyokong amalan hidup sihat dan pencegahan penyakit,” katanya.

66c2b188 030b 4bee b736 92b2752b880b

Beliau berkata, pelaksanaan KomBeD memberi tumpuan kepada tiga strategi utama iaitu intervensi persekitaran, pemerkasaan komuniti dan pendekatan whole-of-society, selain pengawasan entomologi.

Katanya, intervensi persekitaran menekankan pembentukan komuniti yang bersih, hijau dan lestari melalui amalan 3R, pengurusan sisa pepejal yang sistematik, aktiviti penghijauan komuniti, penanaman pokok dan amalan penjimatan tenaga.

601479bc b17b 4c0a 8ff3 d71358c00fdb

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia terus mengekalkan sifar kes malaria manusia tempatan sejak 2018 hasil pelaksanaan Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan.

Bagaimanapun, KKM akan terus memperkukuh usaha menangani malaria zoonotik melalui pendekatan bersepadu yang melibatkan sektor kesihatan, alam sekitar, hidupan liar dan komuniti setempat.

Dzulkefly berkata, KKM komited membina komuniti yang lebih bersih, hijau, sihat dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal