Lelaki maut dipercayai jatuh dari tingkat 26 kondominium

WhatsApp Image 2026 06 12 at 8.20.19 PM

PENAMPANG: 11 Jun 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium di daerah Penampang selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum menjalankan siasatan di lokasi.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang bersama Pasukan Forensik D10 dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” tambahnya.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat dan siasatan lanjut.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghentikan penyebaran gambar atau video kejadian bagi menghormati sensitiviti keluarga dan waris mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal