Juara Unduk Ngadau KDCA Sarawak 2026 fokus perkasa Budaya KDMR

photo 2026 05 11 12 03 45

KOTA KINABALU: 10 Mei 2026 – Juara Unduk Ngadau KDCA Sarawak 2026, Deanera Clarisaa Jamdin atau lebih dikenali sebagai Deanera, bertekad untuk memartabatkan budaya Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) dengan membawa identiti komuniti itu ke platform yang lebih luas menerusi kemenangan yang diraihnya baru-baru ini.

Menurutnya, kemenangan tersebut bukan sekadar pencapaian peribadi, malah merupakan amanah besar untuk memperkenalkan keunikan budaya KDMR kepada masyarakat luar.

photo 2026 05 11 12 03 50

Deanera menzahirkan penghargaan kepada keluarga yang sentiasa menjadi sumber kekuatan di sepanjang perjalanan.

“Sokongan berterusan dari ahli keluarga, rakan-rakan dan pasukan yang berada di belakang banyak membantu meningkatkan keyakinan diri dan memberi semangat untuk terus berjuang,” katanya.

Pertandingan seperti Unduk Ngadau bukan sahaja menilai pengetahuan dan penampilan peserta, malah turut menguji kekuatan mental dan keyakinan diri.

Katanya, proses belajar mempercayai kemampuan sendiri merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi, namun pengalaman itu cukup memberi makna mendalam.

Sebagai persiapan menghadapi pertandingan ke peringkat seterusnya, beliau fokus kepada pengukuhan pengetahuan budaya selain memperbaiki aspek komunikasi, penyampaian dan pembawaan diri.

Tambahnya, disiplin mental dan keyakinan diri menjadi elemen penting untuk persembahan terbaik di pentas akan datang.

Semestinya kata Deanera, matlamat utamanya ialah memberikan representasi yang jujur tentang dirinya dan budaya KDMR, selain memberi impak positif kepada masyarakat.

“Saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan. Sokongan ini menjadi kekuatan untuk saya terus melangkah dan membawa budaya kita ke tahap lebih tinggi,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal