Semporna miliki potensi besar dalam sektor Ekonomi Biru – Hajiji

42eab4a8 5ed6 4ecd 865d 49dc8e6a3100

SEMPORNA: 7 Mei 2026 – Semporna mempunyai potensi besar dalam sektor Ekonomi Biru menerusi sumber perikanan dan marin yang mampu menjadi penyumbang baharu kepada hasil negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pembangunan sektor itu turut digariskan dalam pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Katanya, kerajaan negeri akan meneroka sumber Ekonomi Biru dalam tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri.

“Semporna ini bukan saja pelancongan, tapi perikanan dan sumber marinnya juga cukup hebat sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan daerah Semporna ketika lawatan di Pulau Mataking, pada Khamis.

Hajiji berkata, lawatan ke Semporna dan beberapa daerah lain di pantai timur Sabah bertujuan meninjau keadaan keselamatan khususnya di kawasan pulau dan pos kawalan keselamatan.

“Kita akan meneroka sumber ekonomi biru dalam lima tahun akan datang dan mudah-mudahan ia menjadi aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan hasil negeri dan rakyat setempat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal