49 PATI antarabangsa ditahan imigresen

671181060 26267882122903725 3728587135534920378 n

SANDAKAN: 14 April 2026 – Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Seramai 95 individu diperiksa di tiga lokasi berasingan. 49 daripadanya iaitu 13 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa dan 21 kanak-kanak terdiri dari warga Filipina, Indonesia dan Pakistan.

Kesemuanya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Kesemua PATI terbabit ditempatkan di depot imigresen untuk tindakan lanjut.

JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil termasuk terhadap mana-mana pihak yang melindungi atau menggaji PATI, dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti warga asing tanpa izin.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal