The Bachelor Gaman Sabah musim kedua tonjol bakat lelaki muda Sabah

IMG 20260312 WA0003

KOTA KINABALU: 12 Mac 2026 – The Bachelor Gaman Sabah Musim Ke-2 bakal menjadi antara platform pertandingan lelaki dari Sabah yang semakin mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan golongan muda yang memiliki personaliti menarik dan bakat dalam bidang seni persembahan seperti lakonan, peragaan, pengacaraan dan hiburan.

IMG 20260312 WA0004

Pertandingan itu berjaya melayakkan seramai 22 orang peserta ke peringkat separuh akhir, sekali gus memperlihatkan sambutan menggalakkan dari pemuda yang datang dari pelbagai latar belakang kaum, daerah dan profesion di seluruh Sabah.

IMG 20260312 WA0006

Antara peserta yang mencuri perhatian ialah pempengaruh media sosial Nasabak dari Keningau, Badmark dari Telupid dan Daniel Leong iaitu seorang personaliti peragaan dan pengacara yang kini aktif di Kuala Lumpur tetapi kembali ke Sabah untuk mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

Para peserta dijadualkan berentap selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 27 Mac 2026 menerusi tiga episod pertandingan utama iaitu Gaman Sabah Got Talent, Mr Kovac Gaman Sabah dan Mr Poseidon Gaman Sabah.

IMG 20260312 WA0005

Kemuncak pertandingan bagi episod ketiga akan berlangsung pada 25 April 2026 di Poseidon Waterfront yang turut menjadi penaja utama bersama Kovac Water dan Kovac Perfume.

Sementara itu, orang ramai juga dijemput mengunjungi pentas dekorasi Hari Raya di IMAGO Shopping Mall yang menampilkan antara set pentas raya terbesar dan menarik untuk sesi bergambar di bandar Kota Kinabalu.

IMG 20260312 WA0007

Menariknya, acara Gaman Sabah Raya Lifestyle Showcase akan berlangsung pada 14 dan 15 Mac ini di Imago The Oval, di mana para peserta akan memperagakan personaliti dan gaya mereka dalam sesi peragaan khas dengan tajaan busana dari Butik Polo Haus.

Majlis tersebut akan dikendalikan oleh pengacara Mazrey Katoz dan turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh pemenang Borneo Got Talent kategori nyanyian iaitu Muhlis Husrev Ozkan dan Joyce Valerie, selain pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz Duit Raya dan promosi jualan dari penaja pertandingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal