Aspek keselamatan kekal agenda utama – Hajiji

FB IMG 1773199390561

KOTA KINABALU: 11 Mac 2026 – Pengukuhan aspek keselamatan kekal menjadi agenda utama pembangunan negeri di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0) kerana kestabilan dan keselamatan merupakan asas penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai secara berterusan.

FB IMG 1773199395744

“Sabah mempunyai potensi besar sebagai hab Ekonomi Biru di ASEAN Timur, namun potensi tersebut hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekiranya keselamatan negeri, khususnya di kawasan perairan dan ESSZone di Pantai Timur Sabah terus diperkukuhkan,” tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka, kelmarin.

FB IMG 1773199407273

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dalam menjayakan inisiatif tahunan itu termasuk kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan korporat.

FB IMG 1773199405188

Beliau berharap komitmen pasukan keselamatan dan petugas kesihatan akan terus memastikan Sabah kekal aman, selamat dan sejahtera.

Sumber: Hajiji Haji Noor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal