Suspek samun bersenjata ditahan Polis

IMG 0665

PENAMPANG: 27 Februari 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan polis kurang 48 jam selepas dipercayai melakukan samun bersenjata di sebuah premis 24 jam di Penampang pada jam 3.57 pagi, 25 Februari, dengan kerugian dianggarkan RM300.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Bin Newton, suspek ditahan di sebuah hotel di Putatan pada 26 Februari 2026 oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang. 

photo 2026 02 28 12 51 38

Polis turut merampas topi keledar, pakaian, sebilah pisau dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata, yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal