Pasukan Bakeri KV Keningau Terima geran CHANGE Untuk Projek Komuniti

photo 2026 01 24 13 15 32

KENINGAU: Pasukan bakeri dan pastri Kolej Vokasional (KV) Keningau telah dipilih sebagai penerima geran RM 3000 daripada CHANGE, iaitu satu inisiatif kebajikan yang menyokong program pendidikan dan sosial di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, untuk melaksanakan projek komuniti mereka bertajuk “Slices of Care” iaitu program yang membimbing dan membantu wanita-wanita berpendapatan minima untuk membuat dan mengusahakan penjualan kek dan kuih.

Senarai penerima geran ini telah diumumkan di laman media sosial penganjur pada 23 Januari 2026.

Pasukan ini terdiri daripada seorang guru, Syafiqah Eugene dan tiga orang pelajar tahun kedua iaitu Nur Aleysa Felix @ Mohd Fahmey, Nurul Fitriyani Izwani Abdul Mutalip dan Nurul Nabilah Batrisyia Abd Karim.

Projek mereka merupakan salah satu daripada tujuh projek yang dipilih melalui CHANGE Microgrant Programme pada tahun 2026 untuk menerima RM 3000 bagi merealisasikan cadangan mereka untuk membantu komuniti dalam tempoh enam bulan.

Pasukan ini berhasrat untuk memperkasakan wanita bekerja yang berpendapatan minima dengan membimbing mereka melalui bengkel membuat kek dan karnival jualan kek agar mereka berupaya memperolehi pendapatan sampingan melalui perusahaan sendiri.

Pasukan ini akan menyediakan dapur program bakeri dan pastri di kolej tersebut sebagai pusat latihan dan penyediaan bagi peserta-peserta projek mereka. Syafiqah Eugene berasa sangat teruja kerana usaha ini diterima sebagai penerima geran oleh CHANGE yang diasaskan oleh Ai Goto, seorang dermawan, yang telah melaksanakan program ini sejak tahun 2020.

Selain daripada pasukan ini, terdapat satu lagi pasukan daripada KV Keningau yang turut menerima geran berjumlah RM 3000 iaitu kelab Eureka Hub.

Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, berasa bangga dengan pemberian geran tersebut kepada projek komuniti yang diusahakan oleh guru dan pelajar kolej itu kerana dia menganggap ianya sebagai pengiktirafan bagi niat murni mereka dalam memartabatkan pendidikan kolej vokasional sebagai pendidikan yang menekankan kepentingan masyarakat setempat.

Senarai penerima geran boleh diakses melalui laman Instagram Change Microgrant Programme:
https://www.instagram.com/p/DT2i5gOkY18/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal