KOTA KINABALU : Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Lotter P. Edwin Edin, meninggal dunia pada malam Sabtu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Arwah berusia 43 tahun.

Menurut sumber, Lotter dimasukkan ke hospital pada awal pagi Sabtu selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.50 malam.
Pemergian Lotter mengejutkan rakan-rakan artis, termasuk penyanyi Elliza, yang meluahkan rasa sedih atas kehilangan itu.