KOTA KINABALU: 31 Julai 2026 — Seramai 44 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang dijalankan di Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau pada Isnin.
Sepanjang operasi itu, seramai 179 individu diperiksa dengan 44 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah dan melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Di Kota Kinabalu, Ops Ajar dan Ops Gegar memeriksa 13 individu dengan empat warga asing ditahan, membabitkan seorang lelaki dewasa warganegara Itali dan tiga perempuan dewasa warganegara China.
Di Tawau, Ops Selera dan Ops Sapu memeriksa 97 individu dengan 34 warga asing ditahan. Tangkapan membabitkan 14 warganegara Filipina iaitu 13 lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa, serta 20 warganegara Indonesia 11 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.
Di Keningau, Ops Jaja dan Ops Kutip memeriksa 69 individu dengan enam warga asing ditahan. Tangkapan melibatkan empat warganegara Filipina iaitu dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan, manakala dua lagi ialah perempuan dewasa warganegara Indonesia.
Menurut JIM Sabah, operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa untuk membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara.

