Keningau:10 Disember 2025 – Seramai 15 individu ditahan bersama empat kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal yang disyaki digunakan dalam perlumbaan haram di Jalan Keningau-Apin-Apin berhampiran Kilometer 4.
Pihak Polis Diraja Malaysia melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Keningau mengesahkan bahawa satu operasi telah dijalankan susulan laporan mengenai lumba motosikal haram.
Semua kenderaan terbabit turut disita untuk tujuan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan), Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menghalang lalu lintas di jalan raya), serta Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan).
Pihak polis menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan kegiatan lumba haram ini.
Sumber: Polis Daerah Keningau
