Ryenald Guntabid Lancarkan Lagu Keduanya “Gagal Setia”: Antara Setia, Derita dan Jalan Pulang

photo 2025 12 11 09 45 20

Kota Kinabalu:11 Disember 2025 – Penyanyi berbakat dibawah naungan XIOKK Entertainment, Ryenald Guntabid tampil berani dengan single keduanya, “Gagal Setia” sebuah balada yang mencabar persepsi umum tentang kecurangan. “Gagal Setia” telah dilancarkan pada Jumaat, 5 December 2025.

Berbeza daripada naratif tipikal yang mengangkat suara mereka yang disakiti, “Gagal Setia” mengetengahkan persoalan yang jarang diberi ruang, iaitu perspektif mereka yang dianggap bersalah.

photo 2025 12 11 09 45 28

Dalam sebuah hubungan toksik, di mana hati semakin sakit dan kebahagiaan kian hilang, lagu ini membawa pendengar menyelami konflik dalaman seseorang yang akhirnya kembali kepada cinta lama demi ketenangan hati.

Menurut Ryenald, Tidak semua berada dalam situasi yang sama. Ada yang gagal setia kerana memilih untuk menduakan pasangan. Tetapi ada juga yang melarikan diri daripada hubungan yang toksik. Dalam konteks lagu ini, saya ingin menceritakan daripada sudut yang berbeza,

“Proses penulisan lagu ini sangat berbeza daripada single pertamanya, “Lumangad Oku Dika. “Gagal Setia” hadir dari ruang yang sangat peribadi dan jujur”, katanya.

“Gagal Setia” dicipta oleh Ryenald dan Melakaboy, dengan komposisi muzik oleh Ryenald sendiri bersama Wan Muazzam Faiz, serta diterbitkan oleh Melakaboy.

Proses kreatif mengambil masa dua minggu untuk disempurnakan, kerana melodi dan lirik perlu selaras dengan kisah berat ini. Tema ini adalah cabaran besar buat Ryenald selepas single pertamanya yang jauh lebih lembut dengan kerinduan.

photo 2025 12 11 09 45 23

“Gagal Setia” membuktikan keberaniannya sebagai artis yang bersedia menyentuh sisi realiti yang gelap dan realistik.

“Tema ini agak berat dan secara jujur saya sangat gementar. Tapi saya percaya ada ramai yang hidup dengan cerita ini, cuma mereka tidak bersuara,” tambahnya.

“Gagal Setia” telah dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula, 5 December 2025. Lagu ini dijangka membuka perbualan baharu tentang kesetiaan, kecurangan dan keputusan hati, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran serantau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal