KOTA KINABALU: 30 April 2026 – Sebanyak 12 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dikenal pasti terbengkalai di kawasan DUN Karambunai dan kini dalam proses pelantikan kontraktor baharu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rubin Balang berkata, dari 25 unit rumah yang masih dalam pelaksanaan, 12 daripadanya mengalami masalah pembinaan manakala baki 13 unit sedang berjalan.
Beliau menjawab isu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sabah ke-17 hari ini.
“Dari jumlah tersebut, sebanyak 12 unit dikenal pasti terbengkalai dan kini dalam proses pelantikan kontraktor baharu,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 75 unit Rumah SMJ telah siap dibina di kawasan itu bagi tempoh 2022 hingga 2025.
Katanya, kementerian akan memperketat pemantauan bagi memastikan projek perumahan untuk golongan sasar dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual ditetapkan.
