Projek jalan pesisir Tungku RM290 juta masih tunggu kelulusan

0ae91cb3 ef83 49bb 8b16 801e6d6014e4

KOTA KINABALU: 30 April 2026 – Cadangan projek naik taraf Jalan Pesisir Pantai di DUN Tungku melibatkan anggaran kos melebihi RM290 juta masih belum mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rubin Balang berkata, projek itu melibatkan dua cadangan utama di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Beliau menjawab pertanyaan ADUN Tungku dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sabah ke-17.

“Cadangan projek tersebut melibatkan naik taraf Jalan Dengan-Bangigod-Tandu sepanjang 10 kilometer dan Jalan Tandu-Sahabat 16-Lok Buani-Tegupi-Tambisan sepanjang 70 kilometer,” katanya.

Menurutnya, anggaran kos bagi kedua-dua projek itu masing-masing RM37.2 juta dan RM254.05 juta.

Bagaimanapun katanya, perancangan tersebut masih di peringkat cadangan dan belum mendapat kelulusan dari pihak berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal